Cari @ Amanz

Liveleak, antara laman yang mempunyai sejarah Internet penuh kontroversi akhirnya menghentikan operasi. Laman yang memulakan operasi pada tahun 2006 ini terkenal dengan kandungan video yang mengerikan dan amatlah popular ketika zaman awal Internet.

Kandungan laman tidak lagi boleh diakses sejak 5 Mei dam pelawat akan diarahkan ke laman perkongsian video baru Itemfix. Kedua-dua laman sebenarnya dimiliki oleh insan yang sama iaitu Hayden Hewitt. Menurut Hewitt laman Livelak dihentikan kerana internet telah banyak berubah sejak 15 tahun yang lalu dan pasukan beliau ingin mencuba sesuatu yang baru. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengguna ke atas sokongan yang telah diberikan selama ini.

Seperti mana Liveleak dilancarkan bagi menggantikan Ogrish, Itemfix pula menggantikan Liveleak. Perbezaan kali ini ialah kandungan di Itemfix dikawal dan tidak lagi membenarkan video berunsur keganasan melampau dan kejam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd