Tesla Dilaporkan Akan Membangunkan Platform Untuk Membolehkan Pemilik Kenderaan Di China Untuk Mengakses Data Kereta

Diterbitkan pada Mei 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tesla ialah sebuah jenama yang dikenali di seantero dunia untuk kenderaan-kenderaan elektrik mereka. Walaupun mereka berasal dari Amerika Syarikat, mereka juga telah membuka kilang di China untuk mengembangkan jualan kenderaan mereka di negara tersebut dan juga negara-negara Asia terpilih.

Bercakap mengenai pasaran China, Tesla mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan sebuah platform perisian baru dimana pengguna kenderaan elektrik di negara tersebut boleh mengakses data mengenai kenderaan-kenderaan Tesla mereka dengan cepat dan mudah.

Tesla tidak mengesahkan data apakah yang akan boleh diakses oleh pengguna, tetapi ia dijangka bahawa pemilik kenderaan Tesla akan dapat melihat data seperti jumlah perjalanan, penggunaan pelbagai mod dalam kenderaan Tesla, dan juga komponen-komponen yang perlu ditukar ataupun diperbaiki oleh Tesla.

Ini nampaknya berlaku selepas sebuah insiden di acara automotif di China dimana seorang pemilik kenderaan Tesla menunjuk perasaan kerana Tesla berlaku senyap mengenai isu brek kenderaannya. Akibat ini, Tesla telah memberi data mengenai masalah brek kenderaan tersebut kepada wanita itu selepas diarahkan oleh pihak berkuasa China.

Maklumat mengenai kenderaan-kenderaan Tesla di China ini juga dilaporkan akan disimpan di dalam China untuk mengurangkan kebarangkalian data ini digodam dan dicuri oleh pihak ketiga di luar negara tersebut.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami