Cari @ Amanz

Selain daripada peranti pintar, Oppo turut hadir dengan penawaran aksesori audio bluetooth TWS tersendiri. Sehingga kini, mereka telah memperkenalkan pelbagai jenis model dan paling terkini, Oppo Enco Air pula telah dilancarkan.

Dari segi reka bentuk, fon telinga ini adalah dari jenis terbuka dengan rekaan badan bertangkai panjang yang mempunyai panel kawalan sesentuh. Seterusnya, sepasang pemandu audio bersaiz 12mm turut digunakan. Bukan itu sahaja, tambatan pada peranti pula adalah menerusi sokongan bluetooth 5.2.

Setiap fon telinga memuatkan bateri 25mAh dan 440mAh pula pada pod pengecasan. Melaluinya, setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 4 jam tetapi meningkat ke 24 jam dengan bantuan pod pengecas. Untuk pengecasan semula, port USB-C boleh digunakan dengan masa pengecasan sekitar 1 jam lebih. Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan IPX4, berat sekitar 40.4 gram dan lain-lain. Oppo Enco Air ditawarkan di China pada harga RMB249 (~RM159) dalam warna hitam, putih dan biru.

Sekadar selingan, Oppo Enco X telah ditawarkan di Malaysia  pada harga RM699 untuk seunit. Terdapat tiga pilihan variasi warna menarik yang ditawarkan – iaitu Black, White dan Blue. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya dengan segera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd