Cari @ Amanz

OPPO Smart TV K9 Dilancarkan Dengan 3 Saiz Skrin Dan ColorOS TV 2.0

Link Copied!

Oppo telah melancarkan tiga lagi televisyen pintar mereka semalam. OPPO Smart TV K9 dilengkapi panel LCD dengan tiga pilihan saiz iaitu 43″, 55″ dan 65″. Sistem operasi akan ColorOS TV 2.0 digunakan dengan ciri menarik seperti dikawal menggunakan peranti Oppo, menyokong kamera web tambahan dan mengesan pengguna tidur menerusi Oppo Band.

Model paling premiun sebesar 65″ menggunakan panel LCD yang menyokong resolusi 4K. Skrin mampu memaparkan kandungan HDR10, HDR10+ dan HLG. Cip pemproses MediaTek MT9652 dengan CPU empat teras ARM Cortex-A73 dan GPU ARM Mali-G52 MC1, memori sebesar 2GB RAM dan storan sebesar 16GB. Model paling mercu ini turut dilengkapi input HDMI 2.1, dekoder TV digital terbina dan dwi pembesar suara 15W yang menyokong Dolby Atmos.

Model skrin 55″ pula menggunakan panel LCD yang menyokong resolusi 4K. Skrin mampu memaparkan kandungan HDR10, HDR10+ dan HLG. Cip pemproses MT9632 dengan CPU empat teras ARM Cortex-A53 dan GPU Mali-G52 MC1, memori sebesar 2GB RAM dan storan sebesar 16GB. Model paling mercu ini turut dilengkapi input HDMI 2.1, dekoder TV digital terbina dan dwi pembesar suara 15W yang menyokong Dolby Atmos.

Akhir sekali ialah model 43″ yang hanya menyokong resolusi FHD, cip pemproses MT9632, memori sebesar 2GB, storan sebesar 8GB dan sepasang speaker dengan output kuasa 20W.

Oppo Smart TV K9 65″ dijual pada harga RMB 3,999 (~RM 35,48) , Oppo Smart TV K9 55″ dijual pada harga RMB 2,799 (~RM 1,783) dan akhir sekali Oppo Smart TV K9 43″ pada harga RMB 1,999 (~RM 1,273).


Komen ()