Storan SSD Kingston NV1 Mula Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga Permulaan RM269

Diterbitkan pada Mei 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda baru membina komputer anda, ataupun mahu menaiktarafkan storan terbina didalam komputer riba, Kingston hari ini mengumumkan bahawa pilihan storan terbaru mereka, iaitu Kingston NV1 sudahpun memasuki pasaran tempatan hari ini dan boleh dibeli.

Storan Kingston NV1 ini ialah storan SSD NVMe PCIe 3.0 yang menggunakan sambungan M.2 untuk disambungkan kepada komputer anda, dan ia hadir dalam tiga penawaran kapasiti, termasuklah 500GB, 1TB dan juga 2TB.

Kingston mengatakan bahawa storan ini hadir dengan kadar pembacaan data 2100MB/s dan kadar penulisan data 1700MB/s. Ini bukanlah kelajuan storan SSD NVMe yang terpantas, tetapi oleh kerana penawarannya pada tanda harga yang lebih mampu-milik dari biasa, ia cukup baik untuk mereka yang lebih mementingkan jumlah storan yang lebih besar.

Seperti yang dikatakan tadi, storan SSD Kingston NV1 ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga-harga berikut:

  • Kingston NV1 (500GB) – RM269
  • Kingston NV1 (1TB) – RM489
  • Kingston NV1 (2TB) – RM939

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami