Carian
Aplikasi Papan Kekunci GBoard Akan Tiba Pada Wear OS
May 7, 2021 Fahim Zahar

Google masih tidak mengalah dengan Wear OS. Setiap hari, Wear OS menjadi semakin baik – lebih-lebih lagi selepas Google membenarkan pengeluar peranti hadir dengan kustomasi tersendiri. Kelak pada Google I/O 2021, Google dikhabarkan akan mengumumkan sesuatu yang baru yang akan mengubah pengalaman penggunaan pengguna.

Sebelum itu, Google baru-baru ini telah memperkenalkan GBoard iaitu papan kekunci terkenal Android untuk Wear OS. Google membawakan perkara menarik yang sedia terkenal, seperti kemampuan menaip secara meluncur, kemampuan mencadangkan emoji atau perkataan serta sokongan multi-bahasa.

Dengan skrin jam tangan pintar yang kecil dan berada di tangan pengguna, menaip pada Wear OS menggunakan GBoard akan menjadi lebih lancar dan pantas. Buat masa ini, ia sekadar pengumuman sahaja dan Google akan mengedarkan kemaskini ini dalam masa terdekat.

Komen