Netflix Mungkin Akan Hadir Dengan Platform N-Plus Untuk Berkongsi Maklumat Dan Kandungan Interaktif Siri Netflix Originals

Diterbitkan pada Mei 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix kini boleh dikatakan perkhidmatan penstriman video yang terbesar di dunia dari segi jumlah pelanggan dan juga kandungan siri televisyen dan filem yang disediakan. Pada awal tahun ini, Netflix merekodkan sekitar 200 juta pelanggan aktif di seluruh dunia.

Terkini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Netflix akan membangunkan sebuah portal untuk kandungan Netflix Originals yang dinamakan N-Plus, dimana orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan latar belakang siri-siri televisyen dan filem Netflix melalui siri belakang tabir dan sebagainya.

Sebuah tinjauan yang diperlihatkan oleh Protocol baru-baru ini juga melihat kepada sebuah ciri baru dimana N-Plus akan hadir dengan senarai siri televisyen dan filem Netflix Originals, dimana orang ramai boleh mencipta senarai main (playlist) mereka sendiri, dan berkongsinya dengan orang lain dimana ia kemudiannya boleh dimainkan melalui platform Netflix sendiri.

Melalui platform ini, orang ramai juga boleh mengetahui berita mengenai pra-produksi sesebuah siri televisyen ataupun filem, dan menjangkakan bahawa ia akan membina minat terhadap sesebuah siri sebelum ia ditayangkan di Netflix.

Buat masa ini, masih tiada butiran khusus mengenai jika Netflix benar-benar akan memperkenalkan platform N-Plus ini, tetapi jika mereka telah mengeluarkan soalan tinjauan ini kepada para pelanggan mereka, ia tidak mustahil bahawa N-Plus akan menjadi realiti tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami