Lenovo Tab M10 5G Mungkin Akan Dijana Dengan Cip Snapdragon 690

Diterbitkan pada Mei 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah tablet baharu daripada Lenovo kini dilaporkan tersenarai di beberapa laman seperti Geekbench dan Google Console. Dikenali sebagai Lenovo Tab M10 5G, ia dikatakan sebuah tablet 5G dan sejumlah ciri dan spesifikasi utama padanya turut didedahkan.

Memetik kedua-dua laman berkenaan, tablet ini muncul dengan kod nombor TB-X607Z. Penyenaraian turut menunjukkan ia akan dijana dengan cip Qualcomm SM6350 yang berkait rapat dengan Snapdragon 690. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM dan menjalankan Android 11.

Tablet ini juga akan mempunyai resolusi skrin 1200 x 1920 piksel (WUXGA) dengan kepadatan piksel 240PPI. Namun begitu, saiz paparan dan butiran lain masih tidak diketahui buat masa ini. Terdapat juga spekulasi mengatakan bahawa tablet ini mungkin dikenali sebagai Xiaoxin Pad Plus 5G untuk pasaran China.

Namun begitu, kesahihannya masih belum dapat dipastikan kerana Xiaoxin Pad Plus 5G dikhabarkan akan dikuasai cip Snapdragon 750G. Jadi, rasanya adalah lebih baik jika beranggapan ianya adalah dua tablet yang berbeza.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami