Cari @ Amanz

YouTube Music adalah platform penstriman audio daripada YouTube, bagi mengasingkan antara audio dan video. Ia juga merupakan pengganti kepada Google Play Music. Keunikan pada aplikasi ini adalah, jika pengguna sedang menstrim muzik – hanya dengan satu tatalan boleh terus tonton video muzik daripada penerbit kandungan jika ia disertakan.

Walaupun begitu, menurut sumber – ramai pengguna masih gemar mendengar audio pada aplikasi YouTube biasa/utama. Oleh yang demikian, bagi menepati citarasa ramai pengguna ini – Google sedang menguji pemain muzik atau hab kawalan audio pada aplikasi YouTube. Ciri ini juga dilihat mungkin akan terhad kepada pengguna premium sahaja.

Ini adalah kerana, hanya dengan langganan premium barulah pengguna boleh dengar audio pada aplikasi YouTube dan boleh pergi ke aplikasi lain, lakukan tugasan lain atau kunci peranti. Kemudian, ciri ini dilihat hanya muncul pada aplikasi YouTube di iOS sahaja dan belum dilihat pada Android. Ia juga adalah ujian A/B, di mana hanya segelintir pengguna sahaja dapat melihatnya.

Adakah ini ciri yang anda mahukan? Atau patutkah Google hanya hadir dengan satu aplikasi untuk semua. Google Play Movies sudah pun secara perlahan diintegrasikan secara terus pada YouTube di Android TV. Mungkin ini langkah awal? Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd