Google Assistant Kini Adalah Sejenis Aplikasi Permesejan – Pengguna Boleh Menghantar Audio Atau Teks Kepada Ahli Keluarga

Diterbitkan pada Mei 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google dan aplikasi/perkhidmatan permesejan berpisah tiada. Pelbagai jenis aplikasi permesejan Google bangunkan, tetapi belum sempat matang semua telah dibunuh. Lihat sahaja apa yang berlaku pada Allo, atau anda sudah lupa akan kewujudan Allo?

Kini, Google telah mengemaskini kemampuan Google Assistant yang mana pembantu digital ini telah menjadi sejenis perkhidmatan permesejan. Tetapi ia adalah khusus untuk keluarga, atau lebih spesifik Google Family Group. Bagi pengguna yang seisi keluarga menggunakan ekosistem Google, seperti peranti berhubung atau Google Assistant – audio kini boleh disiarkan secara terus kepada peranti masing-masing. Penerima kemudiannya boleh balas kembali dengan audio atau juga teks.

Family Broadcast from mobile

Sebelum ini, siaran audio sebegini hanya terhad kepada peranti berhubung Nest Home, Google Home, Nest Hub dan lain-lain yang serupa. Cuma kemaksini ini membenarkan siaran ini sampai ke telefon. Hanya dengan seruan “Hey Google, tell my family, how about lunch at noon?”, semua orang boleh terima dan balas.

Google turut menambahbaik kemampuan Family Bell. Ia kini menyokong pelbagai bahasa dan juga mula menyokong kawalan tanpa seruan. Bermakna jika ada peringatan dengan nada dering, pengguna tidak perlu beri arahan “Hey, Google stop the reminder” – sebaliknya hanya perlu kata “stop”.

Untuk menceriakan anak-anak kecik, Google Assistant pada peranti berhubung kini menyokong beberapa mod penyampaian cerita baru, permainan baru dan akhir sekali mod khas sempena Hari Ibu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami