Cari @ Amanz

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba gaming untuk dibeli bersempena hari raya, ASUS Malaysia baru-baru ini dilihat hadir dengan kempen promosi Gaya Raya Bersama ROG yang telah berlangsung sejak 1 Mei dan akan berterusan sehingga 15 Jun 2021 kelak.

Untuk setiap model komputer riba gaming yang bernilai bawah RM5000, anda akan mendapat sehelai t-shirt ROG Reflective, manakala untuk pembelian model komputer riba gaming yang bernilai melebihi RM5000, anda akan menerima sehelai bomber jacket berjenama ROG.

Model-model komputer riba yang terlibat didalam promosi ini adalah model-model ASUS TUF dan juga ROG yang dilancarkan pada tahun ini, seperti misalnya ASUS TUF Dash F15, ROG Zephyrus G14, ROG Flow X13 dan sebagainya yang menggunakan komponen Intel, AMD dan juga NVIDIA terbaru.

Selepas pembelian, anda boleh ke laman web Gaya Raya Bersama ROG ini untuk memasukkan butiran peribadi dan pembelian anda, dimana anda kemudiannya akan menerima sehelai t-shirt ataupun jaket bergantung kepada nilai komputer riba yang dibeli.

Selain daripada itu, pembeli komputer-komputer riba ini juga berpeluang memenangi salah satu daripada tiga peranti pintar terbaru ASUS, iaitu ASUS ROG Phone 5 yang bernilai RM2999 melalui cabutan bertuah setiap dua minggu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd