Oppo Find X3 Pro Akan Menerima Kemaskini Tiga Versi Android

Diterbitkan pada Mei 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti semakin mahal dan akan terus meningkat harganya seperti jangkitan Covid-19 sejak akhir-akhir ini kerana semakin banyak teknologi diperkenalkan dan kos komponen yang berubah secara kadar terus. Dengan harga peranti mercu kini dua kali ganda lebih mahal berbanding 10 tahun lalu, pengguna semakin jarang bertukar peranti baharu.

Tetapi pada platform Android, ini adalah sukar kerana secara purata peranti hanya menerima kemas kini versi Android selama dua tahun sahaja dengan kemudiannya menerima tampalan sekuriti sehingga empat tahun. Bagi mereka yang ingin membeli Oppo Find X3 Pro, berita baiknya ialah peranti ini akan diberikan sokongan sistem operasi sehigga tiga versi menurut laporan Android Planet.

Ini meletakkan Find X3 Pro setanding dengan peranti mercu Samsung, Google, Nokia dan OnePlus yang turut diberikan sokongan yang serupa. Oppo hanya memberikan sokongan tiga versi kepada peranti mercu ini sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami