Cari @ Amanz

Celcom hari ini telah mengumumkan yang mana mereka telah mendapati peralatan mereka mengalami kerosakkan, sekaligus memberikan impak terhadap pengguna mereka. Menurut Celcom, sebahagian pengguna di Semenanjung Malaysia mungkin mengalami gangguan telekomunikasi atau akses kepada perkhidmatan data.

Selari dengannya, kini pihak TuneTalk dan Yoodo turut memaklumkan perkara sama melalui laman sosial masing-masing.

Seperti semua sedia maklum, TuneTalk dan Yoodo beroperasi di atas rangkaian Celcom, dan masalah telekomunikasi akan turut dihadapi sama apabila pihak Celcom menghadapi masalah.

TuneTalk turut meminta maaf atas gangguan ini kepada pelanggan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd