Cari @ Amanz

Setelah sekian lama menyepi, Honor Malaysia kini membuat kemunculan semula dengan melancarkan komputer riba baharu buat pengguna di Malaysia. Dikenali sebagai Honor MagicBook 15, ia hadir dengan rekaan yang ringan dan kompak di samping penawaran pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Bagi yang berminat, Honor MagicBook 15 ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,699 untuk sebuah. Sesi pra-tempahan kini dibuka sehingga 12 Mei 2021 menerusi laman Lazada. Lebih menariknya, setiap pembelian disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM300 – yang terdiri dengan beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

Untuk spesifikasi khusus, Honor MagicBook 15 hadir dengan paparan berukuran 15.6-inci dengan resolusi 1920X1080 piksel dan berat sekitar 1.56kg. Ia dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-11, cip grafik Intel Iris Xe, memori 16GB RAM DDR4, dalaman 512GB PCIe NVMe SSD dan bateri 42WH. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 10 Home, sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1 dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd