Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Honor MagicBook 15, jenama ini turut hadir dengan penawaran peranti boleh-pakai terkini menerusi pengenalan Honor Band 6. Ia merupakan gelang tangan pintar yang memfokuskan kepada pemantauan kesihatan para pengguna.

Bagi yang berminat Honor Band 6 ditawarkan pada harga RM189 untuk seutas. Sesi pra-tempahan kini telah dibuka sehingga 12 Mei 2021 menerusi laman Lazada. Setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah menarik berupa bekas minuman air panas secara percuma (terhad kepada 30 pelanggan terawal sahaja).

Untuk spesifikasi khusus, Honor Band 6 dilengkapi skrin bersaiz 1.47-inci AMOLED (368 x 194 piksel), 10 mod sukan berbeza dan jangka hayat bateri maksimum 14 hari. Seperti sejumlah gelang tangan pintar yang lain, ianya juga sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan aktiviti tambahan – termasuklah kadar denyutan jantung, pemantauan corak tidur, SpO2, pemantauan kitaran haid dan lain-lain. Ia turut mampu mengesan setiap aktiviti sukan secara automatik. Terdapat sehingga tiga pilihan warna yang boleh dipilih seperti Sandstone Grey, Meteorite Black dan Coral Pink.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd