Apple sebelum ini telah pun memperkenalkan iMac dijana cip Apple M1, dan hadir dengan pilihan warna yang pelbagai. Terbaru, mengikut desas-desus terbaru, Apple dijangka turut melakukan perkara sama untuk penawaran MacBook Air akan datang mereka.
Melalui perkongsian Jon Prosser, Apple dijangka akan memperkenalkan MacBook Air terbaru dijana cip Apple M2, dan hadir dengan pilihan berwarna-warni untuk pengguna memilihnya.
Sebelum ini, Apple pernah menawarkan pilihan yang lebih kurang sama pada iBook G3 dulu.
Selain desas-desus berkenaan pilihan warna ini, Apple juga dikatakan sebelum ini yang mana mungkin menambah pilihan skrin berasaskan Mini-LED pada komputer riba akan datang mereka.