Tablet Honor Tab X7 Dilancarkan Dengan Bateri 5100mAh

Diterbitkan pada Mei 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pasaran tablet semakin sarat dengan pelbagai jenis model dan ia secara tidak langsung menawarkan pelbagai pilihan menarik kepada para pengguna. Terkini, Honor Tab X7 baru sahaja dilancarkan di China. Ia sebuah tablet dengan skrin 8-inci IPS LCD beresolusi 1280 x 800 piksel dan dijana oleh cip MediaTek MT8768T.

Disamping itu, tablet ini turut dilengkapi memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB, kamera utama 5-Megapixel, kamera swafoto 2-Megapixel dan bateri sebesar 5,100 mAh yang diiklankan mampu beroperasi sehingga 10 jam lamanya. Spesifikasi lain termasuklah – sistem operasi Magic UI 4.0 berasaskan Android 10, Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm dan lain-lain.

Di China Honor Tab X7 dijual pada harga RMB119 9(~RM766) untuk versi WiFi dan RMB899 (~RM574) untuk versi sokongan selular.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami