MKN Kini Berkongsi Senarai HIDE Melalui Telegram – Senarai Premis Yang Berpotensi Menjadi Titik Panas Penularan Covid-19

Diterbitkan pada Mei 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MKN kini telah mula berkongsi premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan Covid-19 dalam jangka masa 7 hari berdasarkan kepada analisis dataraya dan juga kecerdasan buatan. Dinamakan HIDE, ia memperlihatkan premis berisiko berdasarkan kepada data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada.

Dengan terbitan senarai premis ini, orang ramai boleh mengehadkan gerakan mereka, dan mengelak daripada perlu ke lokasi berkenaan jikalau tidak perlu.

Melalui FAQ yang diterbitkan sendiri, MKN menasihatkan supaya sekiranya anda telah ke premis yang tersenarai dalam HIDE dalam tempoh 7 hari penyenaraian, anda dinasihatkan untuk minimumkan kontak dengan orang lain dan memerhatikan jika terdapat sebarang simpton jangkitan pada anda.

Sekiranya terdapat simpton dalam tempoh 14 hari, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di fasiliti kesihatan berdekatan.

Senarai HIDE ini akan diterbitkan setiap hari, dan ia dilihat dikongsikan melalui saluran Telegram rasmi MKN. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak keluar jikalau tidak diperlukan, dan mengehadkan perjalanan serta kontak dengan orang lain dalam mengekang sebarang penularan.

Senarai HIDE ini juga dikatakan bertujuan membantu orang ramai dalam membuat keputusan terbaik dalam menjalani kehidupan seharian ketika pandemik ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami