Harga Jualan Oppo Reno5 5G Dikemaskini – Kini Berharga RM1699

Diterbitkan pada Mei 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Malaysia kini telah mengemaskini harga jualan untuk salah satu peranti terkini mereka di bawah siri Reno iaitu Oppo Reno5 5G. Pada asalnya, Oppo Reno5 5G dijual dengan tanda harga RM1899.

Namun begitu, ia kini dijual pada harga RM200 lebih rendah sekaligus membolehkan anda mendapatkannya pada harga RM1,699 sahaja. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian rasmi Oppo sementara stok masih ada.

Oppo Reno5 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED FHD+ dengan skrin kadar segar semula 90Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 765G (7nm), memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 4,300mAh bersama pengecasan pantas 65W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-Lebar) + 2-Megapixel (macro) + 2-Megapixel (mono). Sementara, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami