Cari @ Amanz

Sejak lima tahun lalu, lensa Leica digunakan secara eksklusif pada telefon pintar keluaran Huawei. Kerjasama dua syarikat ini membuahkan hasil kerana Huawei segera menjadi antara lima pengeluar peranti terbesar. Dengan perniagaan telefon pintar mereka terjejas teruk akibat sekatan perdagangan, terdapat pelbagai ura-ura mengatakan Leica ingin mencari rakan niaga lain yang menggunakan lensa kamera telefon pintar mereka.

Hari ini rekaan Sharp Aquos R6 telah tertiris menerusi ciapan @nokishita_c. Terdapat penjenamaan Co-Engineered with Leica pada imej pengolokan yang dikongsi beliau. Dari segi rekaan, ia peranti yang mempunyai rekaan sistem kamera dengan salah satu lensanya agak besar seakan kamera gimbal yang digunakan pada Vivo X60.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd