Cari @ Amanz

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia, GoPro Malaysia menawarkan dua kamera aksi popular mereka pada harga serta pakej yang menarik. GoPro Hero9 Black kini ditawarkan pada harga RM1899 berbanding harga asal RM2099.

Sementara itu kamera aksi 360 darjah GoPro MAX pula boleh dibeli pada harga RM2310 sebuah dan sebuah alah kawalan jauh pintar bernilai RM379 akan diberikan secara percuma. Ia boleh merakam video 360 darjah pada resolusi 5.6K30 atau merakam video standard pada tetapan maksimum 1440P 30FPS. Kemampuan merakam gambar statik pula ialah 5.5MP dalam mod biasa atau 6.2MP dalam mod panorama. Bagi mengawal kamera, terdapat sebuah skrin LCD sesentuh pada bahagian belakang.

Orang ramai yang membeli kamera aksi ini boleh menyertai Vespa Giveaway dengan hadiah berbentuk sebuah motosikal Vespa bernilai RM18,000. Pertandingan dibuka dari 1 hingga 31 Mei 2021.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd