Cari @ Amanz

Realme dalam satu hantaran di sosial media rasmi hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal hadir dengan penawaran peranti pintar baharu lagi buat pengguna di Malaysia.

Peranti pintar berkenaan adalah Realme Narzo 30 dan acara pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 18 Mei 2021. Ianya akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme Malaysia bermula jam 12 tengah hari.

Buat masa ini, Realme juga dilihat sekadar mengacah sahaja tanpa berkongsi sebarang butiran khusus berkaitan spesifikasi pada peranti. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya termasuklah penawaran harga rasmi untuk peranti pintar ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd