Cari @ Amanz

India sedia menekankan pengeluaran tempatan dalam usaha meningkatkan ekonomi setempat. Kini, dalam lebih memfokuskan kepada pengeluaran tempatan, kerajaan India dikatakan melambatkan pengesahan peranti dari China dalam menekankan pengeluar melakukan pengeluaran di India.

Seperti ramai sedia maklum, beberapa peranti yang mengintegrasikan mmodul WiFi perlu melalui pengesahan – dan India dikatakan melambatkan proses pengesahan berkenaan, sekurang-kurangnya sejak November 2020 lepas.

Antara syarikat yang terjejas disebabkan perkara ini termasuklah seperti Xiaomi, Oppo, Lenovo, Dell dan juga HP.

Untuk makluman, India merupakan antara pasaran yang besar selain China – mempunyai penduduk melangkaui angka 1 bilion. Ini sekaligus sering menjadikan India antara negara itama untuk pelancaran dan pemasaran produk.

Dengan langkah ini, ia mungkin memberikan lebih tekanan kepada para pengeluar peranti untuk melakukan pengeluaran secara domestik di India.

Buat masa ini, pihak berkuasa India tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan laporan terbaru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd