Aplikasi OneDrive Kini Hadir Dengan Sokongan Chromecast

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft dan Google adalah dua syarikat gergasi yang juga merupakan antara pesaing antara satu sama lain. Walaupun Microsoft sudah mula fokus ke arah pembangunan aplikasi Android, mereka masih ada fokus untuk ekosistem tersendiri. Seperti Google, Microsoft juga ada perkhidmatan storan awan – OneDrive yang merupakan pesaing kepada Google Drive.

Akhirnya selepas sekian lama OneDrive diperkenalkan, hanya baru-baru ini aplikasi ini mula menyokong sokongan Chromecast. Melaluinya, pengguna boleh menyiarkan kandungan daripada peranti masing-masing melalui aplikasi OneDrive terus ke televisyen atau paparan yang ada sokongan Cast ini. Ciri ini dilihat muncul dalam versi  6.29.1, yang mana masih lagi dalam fasa awal.

Menurut sumber, ciri Cast ini masih sukar digunakan dan fail yang disokong juga terhad. Walaupun sokongan minimum aplikasi ini adalah Android 6.0, sumber mendapati ciri ini hanya berfungsi dengan baik pada peranti dengan Android 12 sahaja. Adakah ini ciri penting bagi anda? Atau adakah anda menggunakan ciri ini pada Google Drive atau lain-lain?

Jika ya, anda boleh cuba muat turun di Play Store atau melalui pemasangan sideload. Selesai pemasangan, anda perlu tetapkan semula aplikasi seperti membuang data cache dan storan aplikasi dan log masuk semula untuk ciri ini mula muncul.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami