Facebook Messenger Kini Mencapai 5 Bilion jumlah Muat Turun Di Play Store

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook Messenger adalah antara aplikasi permesejan tersendiri Facebook yang menjadi semakin popular. Baru-baru ini, perkhidmatan ini telah diintegrasikan dengan permesejan Instagram Driect Message – memudahkan pengguna menggunakan satu aplikasi pada masa yang sama.

Dengan pelbagai sokongan seperti kustomasi tema, pelekat, mod tema gelap, panggilan video berkumpulan, permua terbina dan banyak lagi – Facebook Messenger berjaya memikat hati orang ramai. Walaupun pernah suatu ketika dahulu ramai benci akan aplikasi ini apabila ia diasingkan daripada aplikasi Facebook, kini ia sudah berubah. Di Play Store, aplikasi ini telah mencapai lebih 5 bilion muat turun. Menjadikan aplikasi ketiga bukan milik Google mencapai jumlah muat turun ini.

Adakah anda antara pengguna FB Messenger? Apa kata anda?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami