Cari @ Amanz

OnePlus Malaysia kini berkongsi perancangan untuk mengumumkan sesuatu berkaitan penawaran baharu mereka, esok – iaitu 11 Mei 2021. Memetik gambar acah yang dimuat naik, ia bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran mengenainya. Sebaliknya, imej berkenaan hanya memperlihatkan gambar bulan bersama latar belakang bewarna hitam dan tulisan “Something is Coming”.

Meskipun, cuba berteka-teki mengenai perkara ini. Namun, kapsyen yang bertulis “Something new is on the horizon” pada entri berkenaan – menguatkan dakwaan bahawa ia berkemungkinan besar merujuk kepada penawaran untuk model terkini mereka iaitu OnePlus 9 yang telah dilancarkan terlebih dahulu di beberapa pasaran luar. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak OnePlus Malaysia sendiri berkaitan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd