Selari dengan amalan norma baharu, kini pelbagai perkhidmatan kebanyakannya dapat dilaksanakan secara dalam talian. Ini termasuklah urusan berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk permohonan pelbagai jenis dokumen – misalnya seperti permohonan kad pengenalan 12 tahun.

Bagi memudahkan orang ramai, prosesnya kini boleh dilakukan secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja – sekaligus mampu menjimatkan masa. Permohonan boleh dilakukan dengan beberapa kaedah mudah iaitu dengan cara mengimbas kod QR atau melayari laman khusus yang disediakan di bawah.

Seterusnya, ikuti setiap satu kaedah yang disediakan menerusi panduan manual bagi memudahkan lagi proses permohonan dibuat. Sebaik sahaja selepas permohonan berjaya didaftarkan, sila cetak slip berkenaan untuk dibawa ke kaunter JPN terpilih untuk proses selanjutnya.