Aladdin1 Dilancarkan – Memfokuskan Barangan Halal Dan Asli

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam usaha memenuhi permintaan tinggi terhadap produk dan pasaran mesra muslim, sebuah platform e-dagang baharu yang dikenali sebagai Aladdin1 Malaysia telah dilancarkan, baru-baru ini. Platform ini dibangunkan oleh Aladdin Group dan pengenalannya mampu memberi manfaat serta nilai kepada pengguna sendiri – bagi membolehkan mereka untuk berbelanja pelbagai keperluan dengan sangat mudah dan cepat.

Melaluinya, ia juga dikatakan mampu memberi akses mudah kepada masyarakat umum meliputi pelbagai penawaran produk yang berkualiti dan premium. Ia merangkumi fesyen, kesihatan dan kecantikan, makanan dan minuman halal, gaya hidup serta sektor pelancongan. Bermula dengan pasaran Malaysia terlebih dahulu, pihak Aladdin turut berkongsi perancangan untuk memperluaskan lagi jangkauan empayar ke lebih 45 negara dan lima bilion pengguna di seluruh dunia termasuk 1.5 bilion umat Islam.

Sasaran utamanya adalah bagi membantu merancakkan semula perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memecah masuk ke pasaran global. Ia juga secara tidak langsung mampu untuk membantu PKS untuk terus bertahan dalam menempuhi saat mencabar ini. Untuk maklumat lanjut mengenai platform e-dagang ini, anda boleh layari laman sesawang rasmi Aladdin1 Malaysia atau laman sosialnya di Facebook.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami