Samsung Dan Ericsson Menandatangani Perjanjian Paten Rangkaian Selular Untuk Mengakhiri Pertembungan Hak Intelek

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Untuk mana-mana syarikat teknologi, paten dan hak-milik intelek merupakan aset terbesar untuk mereka memperkenalkan peranti dan teknologi terbaru yang boleh dinikmati oleh pengguna di pasaran.

Terkini, Samsung, syarikat teknologi terkemuka di Korea dan juga Ericsson, syarikat pembangun teknologi rangkaian terkemuka dari Sweden baru-baru ini dilaporkan telah menandatangani perjanjian paten rangkaian selular yang membolehkan kedua-dua syarikat ini untuk menggunakan teknologi yang dipaten masing-masing dalam penawaran peranti dan juga sistem rangkaian mereka.

Ia dilaporkan bahawa perjanjian ini ditandatangani oleh kedua-dua syarikat ini kerana pertembungan paten yang sedang berlaku bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi juga sejumlah negara-negara Eropah. Ia boleh dikatakan bahawa daripada bergaduh di mahkamah diantara satu sama lain, gabungan paten teknologi rangkaian ini dilihat lebih bermanfaat kepada kedua-dua syarikat ini yang sedang cuba untuk membangunkan sistem rangkaian 4G dan 5G yang lebih cekap.

Bagi Ericsson, perjanjian ini bermakna bahawa mereka boleh secara teknikalnya menambahkan paten-paten baru kepada lebih dari 57,000 paten yang sudahpun dimiliki mereka dalam industri rangkaian 4G dan 5G, mahakala untuk Samsung, mereka boleh membina peranti-peranti pintar dengan sokongan 5G yang lebih mampu milik dan boleh menyokong lebih banyak jenis rangkaian di seluruh dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami