Harga Samsung Galaxy Tab A7 (WiFi) Dikemaskini Ke RM899

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Tab A7 WiFi telah dilancarkan di Malaysia sekitar bulan September lalu. Pada asalnya, Samsung Galaxy Tab A7 WiFi dijual dengan tanda harga RM999. Bagaimanapun, ia kini boleh dimiliki pada harga lebih rendah dengan potongan sebanyak RM100 – sekaligus membolehkan anda membelinya pada harga RM899 sahaja. Promosi ini bagaimanapun hanya boleh dinikmati sehingga 6 Jun 2021. Jadi, dapatkan segara sementara stok masih ada.

Samsung Galaxy Tab A7 membawakan paparan berukuran 10.4-inci TFT WUXGA+ (2000 x 1200 piksel), dijanakan cip pemproses Snapdragon 662, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 7,040mAh melalui sambungan port USB-C. Konfigurasi kamera terdiri dengan lensa sebesar 8-Megapixel untuk sensorutama, seterusnya diikuti dengan sensor 5-Megapixel untuk kamera swafoto. Lebih menarik, sistem pembesar suaranya turut dioptimasikan dengan sokongan Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang imersif.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami