Sony Memberikan Petanda Bekalan PlayStation 5 Akan Terhad Sepanjang 2022

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Konsol PlayStation 5 merupakan konsol terbaru daripada Sony yang telah pun ditawarkan sejak tahun 2020 lepas. Namun, masih ramai yang tidak berjaya membelinya kerana bekalan stok yang sangat terhad. Pihak Sony sendiri menjualnya dengan menawarkan pra-tempahan secara atas-talian.

Terbaru, Sony turut memberikan petanda kepada sejumlah penganalisa – mengatakan PlayStation 5 mungkin ditawarkan dalam beaklan terhad sepanjang 2022, sekaligus membuatkan Sony sukar untuk meningkatkan angka jualan konsol terbaru berkenaan.

Sony diperkatakan kini menghadapi masalah untuk membekalkan PlayStation 5 yang memadai – dan permintaan untuknya kini lebih tinggi berbanding bekalan mereka.

Selain Sony, sebelum ini Nintendo turut telah mengatakan kekurangan komponen turut akan memberikan kesan terhadap pengeluaran konsol mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami