Honor Play5 Bakal Dilancarkan Di China Pada 18 Mei 2021

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai kewujudannya, Honor Play5 kini telah disahkan akan diperkenalkan secara rasmi di China pada minggu hadapan – iaitu 18 Mei 2021. Perkara ini dikongsi oleh pihak Honor sendiri menerusi satu hantaran berbentuk poster pelancaran yang dimuat-naik menerusi laman Weibo.

Dalam pada itu, poster berkenaan turut mendedahkan rekaan fizikal pada peranti secara menyeluruh. Jelas kelihatan, ia sama sekali berbeza dengan imej pengolokan yang diperlihatkan sebelum ini. Melaluinya, panel belakang Honor Play5 akan menggunakan modul kamera berbentuk segi empat dengan susunan 2X2 bersama sistem kuad-kamera utama.

Turut dapat dilihat, ia mempunyai kemasan berkilat bersama kesan bercahaya pada panel berkenaan – sekaligus Honor dipercayai menggunakan kemasan berasaskan kaca pada peranti ini. Seterusnya, tiada sebarang bayangan sokongan pengimbas cap jari fizikal yang dapat dilihat – sekaligus ia berkemungkinan hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin. Tidak ketinggalan, Honor Play5 juga akan dilengkapi rekaan bertakuk kecil dengan paparan jenis rata pada panel hadapannya.

Rekaan Fizikal Tersebar Terdahulu

Menurut spekulasi awal, Honor Play5 mungkin menggunakan cip MediaTek Dimensity 800U, sensor utama 64-Megapixel dan bateri 3800mAh yang menyokong pengecasan 66W. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan peranti ini ketika pelancaran rasmi kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami