Apple pada hari ini masih bergantung kepada pihak ketiga seperti Qualcomm untuk mendapatkan modem selular. Namun, perkara berkenaan dijangka akan berubah tidak lama lagi.
Mengikut laporan penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple dijangka memperkenalkan modem 5G rekaan mereka tersendiri seawal 2023 pada iPhone.
Dengan langkah ini, ia akan mengurangkan kebergantungan Apple terhadap Qualcomm, dan lebih memfokuskan kepada pengeluaran dan penghasilan mereka sendiri.
Walaupun perkara ini adalah baik untuk Apple, namun untuk Qualcomm ia adalah sebaliknya. Pihak Qualcomm mungkin kelak perlu melihat kepada beberapa kaedah lain dalam menggantikan pendapatan yang hilang daripada perniagaan Apple ini.