YouTube kini telah menjadi salah satu laman yang dituju ramai setiap hari dalam melakukan carian, mengikuti kandungan, mendapatkan informasi, mahupun untuk bersantai. Perkara ini sekaligus memperlihatkan jutaan video dimuat-naik ke YouTube pada setiap minit.
Dengan perkembangan ini, pihak YouTube turut melihat kepada sejumlah trend dan data yang berlaku disebalik platform mereka. Salah satunya adalah berkenaan dengan ucapan permulaan pada setiap video.
Berdasarkan laporan kajian terbaru YouTube, ia dilihat ucapan permulaan yang paling popular digunakan oleh ramai penerbit kandungan di platform berkenaan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini adalah sama, iaitu “Hey Guys”.

Kajian YouTube ini juga mendapati antara bentuk ucapan permulaan lain yang kerap digunakan adalah termasuk “Whats Up”, “Good Morning”, “Hi Guys” dan juga “All Right”.
YouTube juga turut menekankan yang mana ucapan “Hey Guys” popular digunakan pada pelbagai genre video, termasuk untuk makanan.

Bagi anda sendiri, apakah bentuk ucapan permulaan yang anda gemarkan, dan biasa dengar?