Vivo Menyatakan Sokongan Kemaskini Android 3 Tahun – Bermula Siri X Baru Selepas Julai 2021

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo hari ini mengumumkan mereka akan menawarkan kemaskini sistem operasi Android meliputi naik-taraf dan sekuriti, bermula dengan siri-X yang akan dilancarkan selepas Julai 2021.

Vivo dibawah siri X merupakan telefon pintar mercu daripada Vivo, dan dengan penawaran kemaskini untuk tempoh yang lama, ia membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar dengan ciri terkini untuk tempoh lebih lama.

Apa pun, Vivo mengumumkan yang mana polisi baru ini hanya meliputi pasaran Eropah, Australia dan juga India sahaja buat masa ini.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pasaran Malaysia diliputi dengan perubahan baru ini atau sebaliknya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami