Satu Adegan Dalam Filem Army Of The Dead Arahan Zack Snyder Dirakam Dengan iPhone

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kebiasaannya, filem-filem Hollywood dengan bajet yang besar yang mencapai ratusan juta ringgit akan menggunakan peralatan rakaman yang mahal serta yang bersesuaian. Contohnya kamera daripada Red, Blackmgic, Arri Alexa 65, Canon EOS C700 dan pelbagai lagi yang harganya juga mahal.

Tetapi untuk filem Army of the Dead arahan Zack Snyder yang akan disiarkan di Netflix pada 21 Mei tidak lama lagi, satu adegan dirakam dengan iPhone sepenuhnya. Adegan ini adalah apabila watak Raúl Castillo yang berlako sebagai Mikey Guzman, iaitu seorang pempengaruh membunuh zombi. Ini adalah kerana, Zack Snyder inginkan ia kelihatan realistik dan mempunyai perasaan ia benar-benar berlaku.

Secara tidak langsung, ini membuktikan yang iPhone adalah sebuah peranti yang berkemampuan merakam video yang cukup baik. Malah dalam ujian kami sendiri, dalam banyak-banyak peranti – iPhone masih antara yang paling menarik digunakan untuk rakaman video.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami