Xiaomi Mengacah TWS Baharu Dengan Sokongan ANC – Logo Baru Disertakan Pada Pod Pengecas

Diterbitkan pada Mei 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi mempunyai pelbagai penawaran aksesori audio yang menarik. Tetapi sayang sekali banyak yang menarik ini tidak ditawarkan di Malaysia dan hanya terhad di pasaran China. Antara produk TWS mercu mereka adalah dengan sokongan pembatalan hingar, di mana mereka menjual pada harga yang sangat mampu milik jika dibandingkan dengan pesaing.

Terkini, Xiaomi telah mengacah akan hadir dengan TWS baharu dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Mereka juga akan menggunakan rekaan pod pengecasan yang sedikit berlainan yang disertakan dengan logo Xiaomi baharu. Butiran mengenai TWS ini masih lagi tidak jelas. Tetapi ia mungkin adalah variasi baharu untuk tahun ini. Jika Xiaomi boleh membawa pelbagai barangan menarik seperti vakum, televisyen, pengering rambut dan banyak lagi. Harapnya kali ini mereka akan beri laluan kepada aksesori audio pula untuk pasaran tempatan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami