Sony WF-1000XM4 ialah model kemas kini kepada fon telinga Sony WF-1000XM3 yang dilancarkan tiga tahun lalu dan menjadi TWS pertama dengan ANC. Selepa dua tahun, Sony akhirnya bersedia untuk melancarkan Sony WF-1000XM4 dan kini rekaan sepenuhnya tertiris ke arena web menerusi laman The Walkman Blog.

Rekaan dari pelbagai sudut termasuk pod pengecas menunjukkan perubahan yang agak drastik. Putik audio XM4 adalah lebih kompak dengan rekaan yang kelihatan lebih futuristik. Pad sesentuh masih berbentuk bulat tetapi sedikit lebih besar. Pod pengecas merangkap tempat simpanan juga lebih kecil dan bulat dengan port pengecasan USB-C pada bahagian belakang bukan lagi di bawah.

Terdapat ura-ura Sony WF-1000XM4 akan menyokong audio beresolusi tinggi menggunakan LDAC yang telah menjadi ciri standard pada fon kepala siri WH-1000 Sony. Dengan rekaan sudah tertiris, pelancarannya pasti semakin hampir.