Cari @ Amanz

Baru sahaja dilancarkan di beberapa pasaran luar sekitar bulan April lalu, Oppo Enco Buds kini sudah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Fon telinga TWS ini dijual di Malaysia pada harga RM159 untuk seunit dan ia boleh didapati dalam kemasan bewarna putih. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian Oppo bermula hari ini.

Dari segi rekaan, Oppo Enco Buds mempunyai reka bentuk yang sama seperti Oppo Enco W11 iaitu berbentuk bulat bersama rekaan putik telinga sejenis dalam telinga. Ia juga dilengkapi  pemandu audio sebesar 8mm, sokongan pembatalan hingar aktif,  kawalan sentuhan, Bluetooth 5.2,  penarafan rintangan air IP54 dan menyokong codec AAC/SBC. Di samping itu, ia juga mampu beroperasi sehingga 6 jam dan sehingga 24 jam dengan bantuan pod pengecasnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd