Spotify Memudahkan Perkongsian Podcast Dengan Cop Waktu Ke Media Sosial

Diterbitkan pada Mei 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkongsian ke media sosial kandungan yang diminati adalah perkara normal. Gambar, video dan muzik kegemaran misalnya boleh dikongsi dengan mudah kerana telah terbina pada pelbagai aplikasi. Spotify kini memperkenalkan ciri perkongsian baharu yang memudahkan kandungan podcast dikongsi bermula dari cop waktu (timestamp) tertentu.

Menerusi ciri ini , perkongsian topik perbualan podcast kegemaran boleh dikongsi pada detik tertentu yang tidak boleh dilakukan sebelum ini. Ia ciri yang telah lama diinginkan pengguna kerana episod podcast kadang kala amat panjang dan mereka hanya ingin berkongsi bahagia tertentu sahaja.

Ciri Spotify Canvas turut dikembangkan ke Snapchat dan pengguna boleh melihat prebiu terlebih dahulu sebelum dikongsi ke media sosial kegemaran. Perkongsian adalah penting kerana dalam maklum balas pengguna, 40% berkata mereka menemukan kandungan baharu Spotify dari platform media sosial.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami