Sebuah sama kelompok (class action suit) telah difailkan ke atas Samsung, Micron, dan SK Hynix di mahkamah California kerana didakwa memanipulasi harga jualan DRAM di pasaran. Saman melibatkan 14 plaintif meminta ganti rugi kerana membeli DRAM pada harga yang lebih tinggi di antara tahun 2016 dan 2017.
Tiga syarikat pengeluar DRAM ini dikatakan mengurangkan pengeluaran DRAM secara sengaja bagi meningkatkan harga jualannya di pasaran. Saman turut difailkan bagi pihak kesemua pembeli telefon pintar dan komputer di Amerika Syarikat yang membeli peranti pada harga yang lebih tinggi kerana harga DRAM yang meningkat 130%.
Samsung memegang 42.1% pasaran DRAM global dengan SK Hynix memegang 29.5% dan Micron pula 23%. Pihak Samsung dan SK Hynix belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang difailkan ini.