Penggunaan Data Mudah-Alih Rakyat Malaysia Sepanjang 2020 Adalah Yang Tertinggi Di Asia Tenggara – OpenSignal

Diterbitkan pada Mei 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oleh kerana wabak COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan sejak awal tahun lepas, penggunaan data internet rakyat Malaysia, bersama-sama dengan negara-negara lain yang terkesan akibat wabak ini memperlihatkan peningkatan yang mendadak.

OpenSignal, syarikat penganalisa penggunaan data internet terkemuka baru-baru ini mengeluarkan sebuah lagi laporan mengenai jumlah penggunaan data internet mudah-alih untuk negara-negara di Asia Tenggara.

Menurut laporan ini, negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Kemboja semuanya mencatatkan peningkatan penggunaan data yang cukup mendadak. Satu-satunya negara yang memperlihatkan pengurangan penggunaan data mudah-alih ialah Singapura, dimana ia dijangka bahawa kerana infrastruktur perkhidmatan internet mereka yang jauh lebih maju berbanding negara-negara lain di rantau ini.

Apa yang agak mengejutkan ialah bahawa laporan tersebut mengatakan bahawa purasdapenggunaan data mudah-alih oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun tersebut, malah termasuk awal tahun 2021 jauh lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain.

Peningkatan penggunaan data Malaysia bermula sekitar bulan Mac 2020 apabila PKP pertama diperkenalkan, dan sepanjang tahun 2020, dan memperlihatkan penggunaan data mudah-alih tertinggi dalam bulan tersebut (14 peratus) dan April (30 peratus), dimana ia kemudiannya menurun apabila kes harian wabak COVID-19 mencatatkan penurunan.

Walaupun begitu, sekitar bulan Julai dan Ogos, penggunaan data mudah-alih ini dilihat meningkat sekali lagi apabila wabak COVID-19 menular sekali lagi, dan apabila PKP 2.0 diperkenalkan pada awal tahun ini, penggunaan data mudah-alih terus meninggi pada tahap hampir sama pada bulan Januari awal tahun ini.

Lebih ketara lagi ialah jumlah penggunaan data mudah-alih oleh rakyat Malaysia. Apabila dibandingkan dengan dua tahun sebelum ini, dimana rakyat Malaysia menggunakan sekitar 16-17GB data sebulan, dan memperlihatkan peningkatan ke 19GB sebulan setahun kemudian, dan pada tahun ini, rakyat Malaysia secara purata menggunakan sebanyak 26GB data sebulan pada Januari tahun ini, 2021.

Walaupun melalui program NFCP sebelum ini, dan Jendela sekarang yang sedang meningkatkan capaian gentian optik di seluruh negara, laporan ini sedikit sebanyak memberitahu bahawa ramai rakyat Malaysia masih lagi bergantung kepada data mudah-alih untuk menyambungkan peranti-peranti mereka ke internet.

Jika anda berminat untuk mengetahui butiran lanjut mengenai laporan OpenSignal ini yang memperlihatkan trend penggunaan internet mudah-alih Malaysia dan juga negara-negara lain di rantau Asia Tenggara, anda boleh membacanya melalui pautan ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami