Cari @ Amanz

India pada waktu ini menjadi negara yang paling teruk terjejas akibat wabak Covid-19 dengan angka jangkitan harian serta kematian baharu jauh lebih tinggi dari negara-negara lain. Kini jangkitan Covid-1 menimbulkan kesan ke atas pengeluaran iPhone pula.

India

Menurut laporan Reuters, pandemik mengakibatkan pengeluaran iPhone di kilang Foxconn yang terletak di Tamil Nadu berkurangan sebanyak 50%. Setakat ini 100 kakitangan telah disahkan positif dan akibatnya kakitangan tidak dibenarkan memasuki kawasan kilang sehingga penghujung Mei selepas keluar. Seperti di China, kakitangan di India tinggal di dalam asrama yang disediakan oleh majikan.

Pengeluaran iPhone di India sudahpun terjejas penghujung tahun lalu apabila berlaku rusuhan di kilang Winstron disebabkan syarikat didakwa gagal membayar gaji. Pengeluaran peranti di India juga terjejas tahun ini kerana kerajaan melambatkan proses pengesahan komponen yang diimport dari China dengan Xiaomi, Oppo, Lenovo, Dell dan HP antara yang terjejas teruk.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd