Honor Play5 Sah Akan Dilengkapi Pengecasan Pantas 66W

Diterbitkan pada Mei 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Play5 akan dilancarkan secara rasmi di China pada 18 Mei depan. Ia bakal menjadi penawaran model terkini di bawah siri Honor Play dan pastinya bakal disertakan beberapa naik-taraf menarik berbanding generasi sebelumnya.

Menjelang pelancaran rasmi, satu demi satu info berkaitannya mula disahkan oleh pihak Honor. Selepas rekaan fizikal diperlihatkan sepenuhnya. Kini, Honor mengesahkan pula bahawa peranti berkenaan bakal dilengkapi sistem pengecasan pantas 66W. Tidak terhad disitu sahaja, poster terkini turut mendedahkan bahawa Honor juga bakal menawarkan variasi Honor Play5 dengan sokongan rangkaian 5G terbina. Ini sekaligus, turut memberi bayangan bahawa siri ini berkemungkinan besar hadir dengan dua variasi berbeza.

Menurut spekulasi awal, Honor Play 5 akan dilengkapi sokongan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U, skrin OLED berukuran 6.53-inci, kuad-kamera dengan sensor utama 64MP, bateri 3,800mAh dan pengimbas cap terbina pada skrin.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami