Raya Best Wei Bersama HUAWEI – HUAWEI FreeBuds 4i Warna Merah Diumumkan

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjadi tradisi setiap rakyat Malaysia tidak mengira bangsa bagi meraikan Hari Raya. Uniknya Malaysia juga dengan setiap perayaan akan hadirnya promosi khusus untuknya dan tahun ini HUAWEI Malaysia menawarkan pelbagai promosi yang membolehkan anda mendapatkan peranti dengan teknologi terkini.

Walaupun dikekang dengan Perintah Kawalan Pergerakan, anda masih boleh membeli peranti Huawei dan berikut merupakan promosi Hari Raya dari Huawei yang tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja

Huawei FreeBuds 4i Berwarna Merah Kini Tersedia

HUAWEI FreeBuds 4i telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan untuk bulan Mei ini, edisi warna merah tersedia dibeli untuk semua. Bagi anda yang tidak mengenali akan FreeBuds 4i ini, ia merupakan peranti audio TWS yang turut hadir dengan pembatalan hingar aktif.

Pembatalan hingar aktif (Active Noise Cancellation) yang terdapat pada HUAWEI FreeBuds 4i ini akan mengesan dan mengurangkan bunyi hingar menerusi sistem dwi-mikrofon yang terdapat padanya. Ia boleh digunakan berterusan sepanjang 10 jam lamanya pada satu pengecasan penuh. Pada tempoh sebegitu, boleh dikatakan anda mampu untuk menonton filem dengan tempoh 2 jam sebanyak 4 atau 5 kali. Jika anda menggunakan bekas pengecasan, ia mampu menambah waktu operasi sehingga 22 jam.

Pada senario penggunaan jangkamasa yang lama, ia juga bermaksud anda boleh bekerja dari rumah dengan tenang, tanpa sebarang gangguan bunyian kipas, jiran yang bising menukang, ataupun sekiranya terdapat projek pembinaan disebelah rumah anda. Aktifkan sahaja pembatalan hingar dan anda dapat fokus untuk melakukan kerja anda apabila tidak mengalami bunyi bising sepanjang hari apabila menggunakan peranti ini. Tidak perlu risau untuk kapasiti bateri kerana ia mempunyai pengecasan pantas, dan 10 minit pengecasan memberikan kuasa sepanjang 4 jam.

Jika anda tidak berkenan dengan warna merah ini, anda juga boleh memilih peranti ini yang tersedia pada warna putih atau warna hitam, pada harga rasmi RM 379. Anda boleh membeli HUAWEI FreeBuds 4i di kedai atas talian HUAWEI atau menerusi kedai rasmi HUAWEI Experience Store seluruh Malaysia.

Khusus untuk tempoh terhad, untuk sesiapa yang membeli HUAWEI FreeBuds 4i, 23 pembeli bertuah akan memenangi HUAWEI Mate40 Pro dalam tempoh promosi HUAWEI Raya ini berlangsung. Setiap pembeli akan layak menerima satu cabutan, dengan had sebanyak lima cabutan setiap seorang. Pemenang akan diumumkan menerusi halaman rasmi Facebook HUAWEI Malaysia setiap minggu bermula 3 Mei ini. 


Promosi Meriah HUAWEI Untuk Bulan Mei

Selain dari HUAWEI FreeBuds 4i, peranti HUAWEI yang lain turut ditawarkan pada harga promosi khas sempena Hari Raya ini. 

Terdapat juga hadiah menarik menanti pembeli peranti-peranti tertentu. Sekiranya anda minat dengan peranti telefon pintar, audio, tablet HUAWEI, setiap satunya turut menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM 189.

Untuk setiap pembelian peranti HUAWEI terpilih di kedai rasmi HUAWEI Experience Store dan kedai atas talian HUAWEI, pembeli akan menerima baucar Grab bernilai RM 10. Menariknya bagi mereka yang membeli sebarang telefon pintar HUAWEI atau siri Matepad, akan menerima perkhidmatan tambah nilai HUAWEI Mobile Services secara percuma.

Dengan kesemua promosi Hari Raya HUAWEI ini, jelas sekali terdapat segala jenis peranti bagi memenuhi citarasa anda. Layari kedai atas talian HUAWEI dan rebut promosi ini, sementara stok masih ada. 

Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami