Polis Diraja Malaysia akan menggunakan dron dalam usaha memantau pematuhan SOP oleh orang ramai di kawasan-kawasan perumahan ketika Hari Raya Aidilfitri 2021 ini. Langkah ini selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuat-kuasa di seluruh negara bermula 12 Mei 2021 ini.
Dron akan digunakan dalam memudahkan proses tinjauan dan pematuhan dilakukan, dan memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP di kawasan perumahan.
Apa pun, penggunaan dron ini tertakluk kepada permintaan setiap Ketua Polis Daerah di sesebuah negeri untuk membuat pemantuan di kawasan perumahan yang dikehendaki.
Disamping itu, polis juga dijangka akan membuat rondaan, dan menyemak buku pelawat di premis kawasan perumahan seperti apartmen. Orang ramai juga diminta untuk melaporkan sebarang pelanggaran SOP ketika tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri ini terus kepada pihak polis.
Kerajaan kini telah menguatkuasakan PKP dalam usaha mengekang penularan Covid-19, dimana angka kes dilihat meningkat tinggi sejak kebelakangan ini – dan memberikan tekanan kepada sistem kesihatan negara. Dengan melakukan PKP, angka berkenaan dijangka akan dapat diturunkan.