MWC atau Mobile World Congress merupakan salah satu acara tahunan yang sering memperlihatkan pelancaran sejumlah peranti padanya. Ia sering diadakan pada bulan Februari di Barcelona, tetapi MWC 2021 untuk tahun ini telah ditangguhkan ke bulan Jun 2021 di Barcelona.
Apa pun, Samsung hari ini menyatakan mereka tidak akan menghadirkan diri secara fizikal di Barcelona untuk MWC 2021.
Samsung mengatakan mereka mengutamakan keselamatan bukan sahaja pekerja dan rakan kerjasama mereka, tetapi juga pelanggan – sekaligus tidak akan menyertai acara bersemuka di MWC, atau membuka jerayawara pada acara tahunan berkenaan.
Selain Samsung, antara yang turut telah menyatakan tidak akan menghadirkan diri secara bersemuka adalah termasuk Sony, Nokia dan juga Google.
Walaupun tidak menghadirkan diri secara bersemuka, terdapat kemungkinan beberapa syarikat ini kekal menyertai MWC – tetapi secara maya.