Rekaan Oppo Reno6 Pro Dan Reno6 Pro+ Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, peranti daripada Oppo iaitu Reno6 Pro didapati telah melepasi laman SIRIM. Ini sekaligus memberi bayangan bahawa pelancaran untuk peranti ini dijangka akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam perkembangan terkini, terdapat pula laporan yang mendakwa peranti pintar ini telah ditemui di laman TEENA. Bukan sahaja Oppo Reno6 Pro, bahkan Oppo Reno 6 Pro+ turut sama tersenarai.

Oppo Reno6 Pro

Menurut TEENA, kedua-dua peranti pintar ini akan mempunyai paparan skrin bersaiz 6.55-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Kedua-duanya juga dipercayai akan menampilkan rekaan panel hadapan berlubang yang diletakkan pada sudut pejuru kiri untuk kamera swafoto.

Selain daripada itu, panel belakang pula memperlihatkan modul kamera berbentuk segi empat bersama beberapa lensa yang disusun kemas. Kemudian, ketiadaan sebarang bayangan sokongan pengimbas cap jari fizikal yang dapat dilihat – sekaligus kedua-duanya berkemungkinan hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin.

Oppo Reno 6 Pro+

Mengikut spekulasi awal, Oppo Reno6 Pro dan Oppo Reno6 Pro+ dijangka menampilkan bateri 4,400mAh yang menyokong pengecasan 65W, sokongan pengecasan nirwayar 30W dan sistem operasi Android 11. Untuk cip pemproses pula, Oppo Reno 6 Pro berkemungkinan dijana oleh cip Snapdragon 870, manakala Oppo Reno6 Pro+ pula menggunakan cip MediaTek Dimensity 1200.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami