Maxis Family Plan Baru Menawarkan Data Tanpa Had Bagi 4 Pengguna Dan Internet Jalur Lebar Untuk RM299 Sebulan

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam OpenSignal telah mengeluarkan laporan bahawa penggunaan data rakyat Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, dan trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa bulan akan datang khususnya kerana wabak COVID-19 dan juga PKP 3.0 yang baru diumumkan.

Untuk keluarga-keluarga yang mungkin perlu bekerja dan juga memulakan pembelajaran dari rumah, jika mereka tidak mempunyai sambungan internet seperti Unifi ataupun Time, kebarangkaliannya mereka perlu bergantung kepada data mudah-alih daripada syarikat-syarikat telekomunikasi.

Maxis baru-baru ini telah memperkenalkan Family Plan baru dimana empat orang ahli keluarga boleh menikmati data internet mudah-alih tanpa had, tetapi juga membolehkan seluruh keluarga anda menggunakan internet jalur lebar dengan kelajuan 30Mbps, dengan pilihan untuk menaiktaraf kelajuan tersebut ke 800Mbps.

Bagi keluarga yang mahu menaiktarafkan peranti pula, dengan Family Plan ini, mereka juga boleh memilih untuk mendapatkan peranti melalui pelan Maxis Zerolution untuk empat ahli keluarga yang sama bermula dari RM19 sebulan.

Selain daripada itu, Maxis juga menawarkan pelan TV Zerolution dimana pelanggan Maxis Family Plan ini boleh mendapatkan sebuah televisyen pintar Samsung bersaiz 65 inci pada harga RM129 sebulan jika anda mendapatkan pelan Family Plan asas Dengan penaiktarafan internet jalur lebar Maxis, nilai pembayaran TV Zerolution ini boleh diturunkan sehingga RM1 sebulan.

Maxis Family Plan baru ini hadir dengan penawaran-penawaran ini pada harga RM299 sebulan, dengan kontrak selama 24 bulan. Untuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan internet mudah-alih dan jalur lebar ini, anda boleh membaca mengenainya melalui laman web Maxis Family Plan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami