Spesifikasi Kamera Samsung Galaxy Z Fold3 Tertiris Dengan Tri-Kamera Utama 12MP

Diterbitkan pada Mei 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini, Samsung dilaporkan dalam persediaan untuk memperkenalkan sehingga tiga model untuk peranti pintar baharu mereka. Ini termasuklah peranti dengan skrin boleh-lipat baharu mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold3.

Kini, timbul pula desas-desus baharu yang mengatakan spesifikasi untuk kamera peranti berkenaan telah tertiris ke arena web. Laporan memetik sumber mendakwa, Samsung Galaxy Z Fold3 akan dilengkapi sokongan kamera pelbagai guna sama seperti generasi sebelumnya.

Melaluinya, ia dipercayai menggunakan sokongan kamera di bawah skrin sebesar 16-Megapixel untuk paparan dalamnya – sekaligus mampu menyajikan pengalaman paparan lebih besar tanpa isu takuk besar dan lubang seperti yang dialami pada dua model pertama mereka.

Seterusnya, ia juga akan mempunyai kamera swafoto tunggal sebesar 10-Megapixel dengan sensor Sony IMX374 untuk skrin luar. Kemudian, melengkapi spesifikasi ialah sokongan tri-kamera utama 12-Megapixel + 12-Megapixel + 12-Megapixel yang menyokong lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto.

Penggunaan Kamera Bawah Skrin

Mengikut spekulasi awal, Samsung Galaxy Fold3 dijangka hadir dengan sokongan S-Pen, cip Snapdragon 888, batero 4,400mAh yang menyokong pengecasan 25W dan penawaran kalis air. Tidak habis di situ, paparannya juga dipercayai menyokong kadar segar semula yang tinggi mencecah 120Hz.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat desas-desus awal. Samsung Galaxy Fold3 dijangka diperkenalkan sekitar bulan Ogos depan bersama-sama pengenalan Samsung Galaxy S21 FE dan juga Galaxy Z Flip3. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan info selajutnya berkaitan perkara ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami